Imran Ajmain Masih Belum Temui Pengganti Siti Saerah

Penyanyi dan penulis lagu Imran Ajmain mengakui masih belum mempunyai kekasih selepas hubungannya dengan penyanyi Siti Saerah Tarudin pada dua tahun lalu menemui kegagalan. Imran, 31, berkata, kejadian itu meninggalkan kesan mendalam terhadap dirinya sehingga menyebabkan dia enggan terburu-buru untuk memulakan komitmen cinta yang baru.

“Saya masih solo selepas kegagalan hubungan (dengan Siti Saerah) dan tidak mahu terburu-buru dalam mencari pasangan.

“Banyak juga saya keluar dan berkawan dengan beberapa wanita. Malah, ada yang berkenan cuma saya belum bersedia sepenuhnya,” katanya.

Categories