Bapa Haq Buat Pilihan Tinggalkan Kami – Norish Karman

Biarpun sudah mendedahkan mengenai kelahiran anak lelaki comel Haq Lutfie Alexander kepada umum beberapa bulan lalu, namun aktres serta penyanyi Norish Karman masih tetap diburu ramai pihak yang ingin mengetahui mengenai status sebenar anaknya itu. Memilih untuk mengunci rapi mengenai persoalan siapa bapa kandung kepada anak bongsunya itu, pelakon drama bersiri ‘Julia’ ini menerima tamparan hebat apabila dicemuh masyarakat kononnya anak yang dilahirkan itu adalah anak luar nikah.

“Saya bukan Maryam dan anak saya mempunyai bapa. Cuma bapanya memilih untuk tidak bersama kami lagi. Ini adalah hal peribadi keluarga dan jika nak cakap pasal anak saya, saya boleh bercakap tapi kalau ia menyentuh mengenai perkara lepas saya enggan memberi sebarang komen,” ujar Norish membuka bicara.

“Saya tak takut orang bercakap buruk mengenai saya kerana keburukan itu datang dari saya dan keindahan itu hanya dari Allah. Mereka di luar sana tak perlu mempertikaikan apa-apa pun mengenai status anak saya kerana Tuhan bagi dugaan pada saya dan saya percaya semua yang berlaku ada hikmahnya.

“Saya juga tidak tertekan dengan kontroversi lepas malah bangga dengan kelahiran anak saya. Lagipun buat apa saya nak malu kerana bagi saya zuriat Allah yang bagi, jadi kita kena bangga dengan pemberian-Nya. Alhamdulillah, anak-anak saya sangat ‘fantastic’. Saya tidak akan menyembunyi apa-apa kontroversi dan akan berkongsi mengenai apa saja perkara dengan anak-anak.

“Malah sebelum orang luar bercakap pada mereka, saya akan terlebih dahulu berlaku jujur kepada mereka dengan berbincang serta menjelaskan perkara yang sebenar. Jika anak saya bertanya mengenai perkara ini kelak, saya akan menjelaskan yang bapa dia membuat pilihan untuk meninggalkan kami.”

Tambah ibu kepada empat anak ini lagi,

“Masa mengandung, bapa Haq ada datang berjumpa dengan kami dan memberitahu tidak akan berbincang lagi tentang perkara ini. Walau bagaimanapun, selepas perbincangan yang dibuat dia tidak lagi dibenarkan berjumpa dengan Haq selepas Haq berusia tiga bulan.”

Berkongsi mengenai perkembangan terbaru anaknya, Norish yang mesra dengan panggilan NK memberitahu,

“Haq kini berusia satu tahun dua bulan dan sudah mula berjalan. Dia kini sudah diberi pendedahan untuk pergi ke sekolah serta belajar bahasa Mandarin,” ujar NK mengakhiri perbualan.

Categories