SONY DSC

Gambar & Video Pernikahan Farah AF2 & Johan Johari

Kalau tadi kami paparkan persiapan majlis resepsi Farah AF2 dan Johan, kini kami dapat cerita terbaru pernikahan mereka dari oh bulan. Jam menunjukan waktu 4 petang, rombongan pihak lelaki datang membawa 7 dulang hantaran berbalas 9 dari pihak perempuan. Antara hantaran yang diterima Johan ialah, Jam Tangan Oris, Baju Armani Exchange, Kek dan Tali Pinggang Gucci. Manakala hantaran yang diterima Farah pula ialah, Senaskah Al-Quran, iPad, Beg Tangan Gucci, Set Wangian Chloe. Pada jam 4:30 petang pula, seluruh romongan dan pengantin serta tetamu yang hadir, berlayar dengan Kapal Cruise di Tasik Putrajaya. Pada waktu itu jugalah, Johan dengan sekali lafaz dan dengan mas kahwin RM2,500 serta wang hantaran RM25,185 maka bergelarlah suami kepada Farah. Kami dimaklumkan, mereka telah dinikahkan oleh juru nikah, Haji Abdul Rani. Berikut beberapa keping gambar pernikahan mereka.

Categories