Melia Aimelia & Zuan Melodi Putus Cinta???

Melia Aimelia & Zuan Melodi Putus Cinta???

Anda pasti terkejut ataupun keliru membaca tajuk artikal kami kali ini berkaitan Melia Aimelia. Anda tidak mengenalinya? Mustahil.. Jika anda jantan, anda pasti mengenalinya, hehe.. Menurut Mangga Online hari ini, pelakon filem Karipap-Karipap Cinta ini iaitu Melia Aimelia, telah mendakwa bahawa hubungan cinta beliau bersama salah seorang wartawan Melodi yang terkenal telah berakhir dan kini masih berkawan rapat, walaupun perasaan sayang terhadap wartawan tersebut masih tersemat di hati.

Baca Juga: Bapa Haq Buat Pilihan Tinggalkan Kami – Norish Karman

Wartawan yang di katakan Melia ialah Zuan Melodi yang kerap muncul setiap penghujung minggu. Khabarnya hubungan cinta mereka hanya bertahan selama dua bulan. Katanya keputusan berpisah di buat demi kebaikan bersama dan tiada siapa pun yang bersalah. Berikut cerita beliau.

“Setelah hampir dua bulan bercinta, akhirnya kami ambil keputusan untuk putus demi kebaikan bersama. Dalam hubungan ni, takde siapa yang bersalah. Mungkin dah takde rezeki kami teruskan bercinta.

“Sepanjang mengenali dia, dia seorang lelaki yang sangat baik, menghormati orang, pandai buat lawak dan comel orangnya… Hehe… Namun faktor kesibukan menjadikan kami tak boleh teruskan cinta ini.

“Ye laa… Saya fokus dalam kerjaya lakonan. Dia pulak busy dengan kerjanya sebagai wartawan.

“Pada mulanya memanglah kami rasakan kesibukan itu bukanlah penghalang bila bercinta, namun bila dah melaluinya, barulah kita tahu susahnya bercinta bila masing-masing tak boleh bagi komitmen.

“Selain itu, ada juga pihak yang kurang selesa bila kami bercinta. Nak tahu, ada saja gangguan telefon yang mempersoalkan hubungan kami. Entah dari mana datangnya orang tuu..

“Kami pun pelik dan hairan, kenapa ada yang mencemburui hubungan kami. Sedangkan kami single dan bebas untuk bercinta.

“Keadaan menjadi lebih teruk bila timbul fitnah yang saya ada kekasih lain. Tak dinafikan saya ada rapat dengan beberapa kawan lelaki, tapi bukanlah bercinta. Ada yang salah anggap dan mula sebarkan perkara yang tak sepatutnya. Entah laa… Rasa sedih pun ada.

“Sejujurnya, saya masih menyayangi wartawan itu. Dalam masa yang sama saya berserah kepada takdir. Sama ada kami kembali bercinta atau tidak, biarlah ianya berlaku secara semulajadi. Buat masa ni lebih baik berkawan saja.

“Lagi pun saya nak fokus kepada lakonan. Alhamdulillah… Tawaran berlakon tak pernah putus. Terima kasih kepada semua yang memberi peluang dan mempercayai bakat saya.”

Baca Juga: Natasha Hudson Elak Babak Romantik Sejak Bertudung

Categories