Isu Isteri Kedua Sham Kamikaze, Nurul Halimin Enggan Komen

Isu Isteri Kedua Sham Kamikaze, Nurul Halimin Enggan Komen

Wanita yang dikatakan menjadi isteri kedua kepada Sham (Kamikaze) iaitu Nurul Halimin Md Salleh, 32, enggan mengulas khabar angin mengenai perkahwinan mereka.

“Tanyalah Sham sendiri,” katanya ringkas.

Nurul Halimin membuat kenyataan itu melalui adiknya iaitu Maulana yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia kelapan (AF8). Sementara itu Maulana yang turut ditanya berhubung hal tersebut juga enggan mencampuri urusan kakaknya tetapi meminta pihak media bertanya sendiri kepada Sham ataupun rakan-rakan terdekat pemuzik itu.

“Rasanya, bukan saya yang patut ditanya kerana saya enggan memberi sebarang komen.

“Lebih baik jika ia ditanya sendiri kepada tuan punya badan atau rakan-rakan terdekatnya,” kata Maulana yang dihubungi, semalam.

Pada Januari lalu, Sham menjadi tumpuan ramai apabila dia yang kini merupakan seorang pendakwah bebas dikatakan sudah beristeri dua. Hal tersebut membuatkan Sham tampil dan menafikan status berkenaan dan meluahkan rasa kecewa dengan gosip yang melanda itu. Bagaimanapun, semalam, sebuah blog hiburan mendedahkan wajah isteri baru Sham yang merupakan janda anak satu yang antara lain mendedahkan pasangan tersebut telah berkahwin pada 16 Januari 2012 lalu.

Perkara tersebut semakin sahih apabila beberapa buah blog lain memaparkan pula tweet dari Nurul Halimin yang seperti menjurus menceritakan mengenai kesahihan perkahwinannya dengan Sham dan tweet kelihatan seperti kecewa kerana beliau tidak dapat berjumpa isteri pertama suaminya untuk berbaik kerana di sebabkan oleh sang suami.

Kesemua screenshoot di petik melalui blog myartis.com

Manakala menurut blog hiburan itu lagi, perkahwinan Sham dan Nurul Halimin masih lagi belum diketahui oleh isteri pertama lelaki tersebut menyebabkan dia mengambil keputusan untuk merahsiakannya terlebih dahulu. Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 36, merupakan bekas anggota Kamikaze sejak tahun 1999. Dia tidak lagi aktif di dunia hiburan selepas membuat keputusan untuk berhijrah sebagai pendakwah bebas bersama isterinya, Farazila pada tahun lalu. Berikut antara gambar Nurul Halimin yang di ambil melalui lockerz.com

Categories