Saluran TV Berbayar ABN Xcess Bakal Saingi Astro

Terbaru, Nilamas Corp Sdn. Bhd. yang kini di kenali dengan Asian Broadcasting Network (M) Sdn Bhd (514935-T) telahpun mendedahkan jenama baru yang bakal mewujudkan persaingan bukan sahaja kepada stesen televisyen berbayar tetapi juga penyedia perkhidmatan IPTV seperti Telekom Malaysia dan Maxis yang bakal melancarkan perkhidmatan tersebut tidak lama lagi. ABN Xcess merupakan sebuah lagi syarikat televisyen berbayar yang akan menawarkan kandungan yang pelbagai termasuk pendidikan dan hiburan selain menerbitkan kandungan sendiri dan membeli pogram-pogram menarik dari dalam dan luar negara. Walaupun sebelum ini beberapa syarikat TV berbayar seperti MITV dan Mega TV tidak berjaya menembusi pasaran sedia ada sekaligus mengukuhkan penguasaan Astro dalam menawarkan kandungan hiburan kepada pengguna televisyen. Kini, ABN Xcess yang majoritinya di urus oleh barisan lembaga pengarah yang ternama dan di kenali umum, yakin yang mereka berjaya menambat hati penonton dengan servis yang mudah, cepat dan murah. ABN Xcess juga yang kini berada di Petaling Jaya, sedang dalam proses pembinaan bangunan baru bertempat di Puchong, Selangor, dimana, bangunan baru tersebut merupakan stesen TV berbayar terbesar di Malaysia dengan kelengkapan yang serba canggih. Berikut beberapa gambar bangunan baru ABN Xcess yang akan siap tidak lama lagi.

Baca Juga: Bapa Haq Buat Pilihan Tinggalkan Kami – Norish Karman

https://web.archive.org/web/20120618002058im_/http://i.imgur.com/uq2yE.jpg

Asian Broadcasting Network (M) Sdn Bhd (514935-T)
(formerly known as Nilamas Corporation Sdn Bhd)
Suite E803, Level 8,
Block E, Pusat Dagangan Phileo Damansara 1,
46350 Petaling Jaya, Selangor D.E.
Tel: +603.7931.2833
Fax: +603.7652.9706
Email: info@ABNxcess.com

Baca Juga: Natasha Hudson Elak Babak Romantik Sejak Bertudung

Categories