Gambar Shida Harmi Telah Bertunang & Bakal Berkahwin

Berkaitan dengan penyebaran foto Khairul Fahmi Che Mat bersama Shida Harmi, satu lagi sumber menyatakan bahawa wanita berkenaan telah pun melangsungkan majlis pertunangan pada Jun lalu dan merancang akan berkahwin pada bulan Disember ini.

Sumber turut mengirimkan 3 keping foto pertunangan Shida Harmi bersama jejaka yang dikenali sebagai Danial. Tambah sumber lagi, kedua-dua pasangan ini mempunyai hubungan percintaan yang agak panjang, sekitar 7 tahun lalu.

Nama Shida Harmi mula meniti di bibir orang ramai apabila dia dilibatkan sebagai salah seorang skandal Khairul Fahmi Che Mat, penjaga gol Malaysia dalam penyebaran foto-foto peribadi, baru-baru ini. Apa yang menjadi cetusan ramai adalah screenshot kandungan mesej Blackberry Messenger (BBM) yang berbunyi:

“U nak I tunjuk bukti yang penah tidur dengan u?”

Categories