Gambar Aksi Mesra Shida Harmi & Khairul Fahmi, Motif???

Awal malam tadi, rakan media kami menerima satu e-mail dari satu alamat yang diragui, yang mengandungi gambar-gambar selebriti yang kami rasakan cukup di kenali ramai. Jika anda masih ingat, sekitar Ogos 2011 yang lalu ketika Malaysia sedang hangat, memperkatakan kisah tunang Khairul Fahmi Che Mat dan Elia, ada satu watak sampingan bernama Shida Harmi, namun ianya masih belum terungkai sepenuhnya.

Tidak tahu siapa pemilik gambar ini. Kami dan rakan media kami berasa ragu dengan motif sebenar dengan pendedahan gambar-gambar yang di berikan ini. Kandungan gambar yang di terima antaranya mengandungi dua screenshot Blackberry Messenger (BBM) yang di katakan perbualan antara Khairul Fahmi dan Shida Harmi kononya sekitar Ogos 2011 yang lalu, serta gambar masa lampau beliau, yang kononya sedang bercinta dengan penjaga gol kebangsaan itu. Bagi kami screenshoot BBM boleh di edit dengan menggunakan teknologi komputer masa kini, jadi kami tidak yakin dengan gosip ini.

Lagi sekali, kami  merasakan gambar tersebut mungkin super impose atau pelanduk dua serupa. Atau mungkin, ia adalah gambar sebenar, namun pendapat kami, mungkin ketika situasi itu, adalah sebelum Khairul bercinta dengan Elia (bekas tunangnya). Itu hanya pendapat kami. apa pun, tidak baik kami rasakan sekiranya kita membuat tuduhan melulu tanpa usul periksa. Layankan gambar kononya mereka sedang bercinta, entah-entah sedang berkaroke. Remaja kini kalo bergambar memang suka berpeluk-peluk. hermm..

Categories