Buku Kisah Azwan Ali Berada Di Pasaran Minggu Depan Bukan Semalam

Buku Kisah Azwan Ali Berada Di Pasaran Minggu Depan Bukan Semalam

Baru-baru nie, Azwan Ali ada tweet pada twitternya mengenai buku yang mengisahkan perjalanan hidupnya yang penuh kontroversi itu. Kata beliau, bukunya telah berada di pasaran semalam, namun rata-rata pembaca yang ingin membeli telah menyerbu ke semua stokis buku untuk mendapatkanya, namun setelah di tanya, buku tersebut akan mula keluar pada minggu depan. Maka kena hentamlah Azwan dekat Fan Facebooknya. Hai.. Azwan..Azwan.. Semalam juga rakan media murai sempat menemui beliau menanyakan tentang buku tersebut. Katanya, Buku bertajuk Selamat Jalan Dunia…itu diterbitkan dan diedarkan oleh Group Buku Karangkraf Sdn Bhd dan  banyak menceritakan rentetan perjalan hidupnya yang dilimpahi pelbagai onak dan duri selama di cop sebagai selebriti pondan. Buku setebal 176 ms itu berharga RM21.90 dan telah mula diterbitkan sebanyak 5,000 salinan dan akan mula di edarkan ke seluruh toko buku di Malaysia bermula minggu depan. Ingat! Minggu depan!!!. Dan sekiranya anda ingin bertemu beliau serta mendapatkan buku tersebut beserta tandatangan beliau, datanglah ke Restoran Starbucks, Ampang pada 19 Ogos 2011 esok, pesanya lagi. Beliau juga dengar khabar akan berangkat ke Mekah menunaikan Umrah pada 21 Ogos 2011 nie. Berikut antara ulasanya kepada media Murai.com.my

“Inilah buku yang menceritakan kehidupan saya sebagai selebriti yang telah dicop sebagai pondan. Kebetulan pula, kehidupan saya diwarnai oleh dunia pondan dan oleh kerana itu saya terasa amat bersyukur.
“Bukan itu saja, saya juga dilihat sebagai Raja Kontroversi dan insan yang sering dikaitkan dengan segala huru-hara. Inilah peluang saya untuk berkongsi pengalaman bersama peminat dan hanya menerusi buku ini saja mereka akan dapat membacanya secara eksklusif,” 

“Setahun menunggu kelahiran buku bukanlah sesuatu yang mudah buat saya. Saya hampir kecewa kerana beranggapan buku ini hampir tidak menjadi kenyataan.
“Saya tidak menyalahkan pihak penerbitan kerana mengambil masa terlalu lama untuk menerbitkan buku ini kerana dalam tempoh itu sebanyak tiga kali manuskrip asalnya telah diubah dan ianya juga telah melalui proses suntingan yang terlalu banyak bagi mengelakan cerita mahupun topik yang sangat merbahaya.
“Walaupun begitu, saya pasrah. Kerana saya faham buku itu nanti akan dibaca masyarakat dan dari sudut itu saya sedar dan belajar banyak dengan pihak penerbitan untuk menjaga sensitiviti masyarakat di negara ini,” 

“Walaupun isu tiga Siti ini sudah lama berlalu tapi dalam buku ini saya cuba meluahkan perasaan saya terhadap mereka. Saya telah ditohmah dan dikeji kerana cinta saya ditolak oleh mereka bertiga dan dari situlah pengembaraan saya sebagai selebriti pondan bermula.
“Kepada tiga Siti yang dimaksudkan, saya mohon maaf sekiranya mereka masih tersinggung dengan apa yang ditulis dalam buku ini. Insya Allah saya akan berikan buku ini secara percuma kepada mereka dengan tangan saya sendiri,”

“Terus terang saya katakan di Malaysia memang ada ramai personaliti TV lelaki yang keliru, tetapi ramai yang hipokrit atau takut dengan bayang-bayang mereka sendiri, tapi tidak buat Azwan Ali. Inilah juga antara isu yang ada dalam buku ini.
“Ia bukanlah buku yang ditulis saya secara syok sendiri mahupun cerita kosong. Kerana saya turut membuat kajian dengan beberapa buku agama untuk dikaitkan dalam buku ini.
“Ia tentang kehidupan saya, tentang luahan rasa hati dan saya pasti, ada 

Categories